|
TUJUAN
PEDi Kg Paya Mengkuang sedia menerima kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan PEDi. Ini kerana kebanyakan rumah pelajar mempunyai talian internet yang rendah dan menyukarkan pembelajaran secara atas talian.
AKTIVITI
Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti talian internet dan komputer perlu membuat temujanji dengan petugas untuk memastikan kelancaran kelas. Selain itu, petugas juga amat menitikberatkan kesihatan para pengguna sebelum mereka diberi kebenaran untuk masuk ke dalam PEDi. Oleh demikian, pelajar yang ingin membuat perkhidmatan perlulah sihat dan tidak demam atau batuk yang berterusan.