|
TUJUAN
Tujuan kelas menaip ini diadakan untuk membantu para pelajar yang ingin meningkatkan tahap kemahiran menaip mereka. Menaip merupakan salah satu kemahiran yang penting dan banyak membantu pelajar untuk menyiapkan kerja berkaitan MS Word dan lain-lain.
AKTIVITI
Aktiviti utama ialah pelajar diberi peluang untuk menaip menggunakan komputer yang terdapat di PEDi Kg Paya Mengkuang. Oleh kerana pelajar ini telah hadir kelas asas MS Word sebelum ini, beliau tidak diberi sebarang penerangan lagi tentang kelas yang bakal dipelajari. Beliau hanya datang dan menaip mengikut format yang telah disediakan oleh petugas PEDi.