|
TUJUAN
Tujuan kelas ini ialah untuk membantu para pelajar tahun 5 membuat kerja kursus berkaitan sejarah raja di Malaysia dan petugas PI kg paya mengkuang telah menyediakan kelas mencari bahan kerja kursus mereka sekaligus mengajar mereka agar mahir menggunakan ICT.
AKTIVITI
Para pelajar yang menyertai kelas ini berusia 11 tahun yang sedang bersekolah di tahun 5 di SK paya mengkuang. Guru telah memberi tugasan untuk membuat kerja kursus tentang sejarah Raja-raja di Malaysia. Disamping itu, mereka dikehendaki mencari gambar dan maklumat di internet tentang raja-raja yang pernah memerintah negara Malaysia. Mereka juga dapat didedahkan dengan ICT dan menjadikan mereka pelajar yang celik IT di kampung ini.