|
TUJUAN
Klinik Kesihatan Kubur Panjang telah mengadakan program sambutan kesihatan di perkarangan klinik tersebut. PI Kluster Pendang telah dijemput untuk menjadi agensi yang mengadakan pameran dan aktiviti bersama pengunjung yang hadir. Selain Pusat Internet, mereka turut mengundang Perpustakaan Desa(PD) yang berhampiran untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama agensi kerajaan dan swasta.
AKTIVITI
Para petugas PI kluster Pendang telah menyediakan pelbagai aktiviti sempena program ini. Antaranya ialah kuiz KDB, Explorace bersama MIV kluster Pendang. Selain aktiviti tersebut, petugas juga turut membuka kaunter bagi pengunjung yang ingin mendaftar sebagai ahli Pusat Internet dan pameran untuk para pengunjung mendapat maklumat yang lebih mengenai kegunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti.