|
TUJUAN
Hanya pelajar yang terpilih dapat menjawab kuiz Digital Comptetency Score(DCS) yang diadakan oleh pihak sekolah. Pelajar yang terlibat ini berumur 13 tahun dan sedang menuntut di SMK Pendang.
AKTIVITI
Oleh kerana talian internet di rumah pelajar tidak membolehkan pelajar membuka laman web ini, pelajar ke PEDi Kg Paya Mengkuang bagi menggunakan perkhidmatan komputer disini. Pelajar telah diberi no ID dan kata laluan oleh guru masing-masing dan mereka hanya perlu memasukan no ID dan kata laluan bagi menjawab soalan kuiz ini. Mereka yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul akan diberi sijil penghargaan oleh guru mereka.