|
TUJUAN
Sempena bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan, petugas PEDi Kg Paya Mengkuang ada mengadakan kelas mencipta poster bertemakan pelbagai keunikan di Malaysia. Para peserta yang hadir berumur 11-12 tahun dan mrupakan ahli PEDI Kg Paya Mengkuang. Kelas ini adalah percuma dan terbuka kepada pelajar yang ingin menambah ilmu pengetahuan mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulaikan dengan pengenalan kepada laman web Postermywall kepada para pelajar. Mereka didedahkan dengan kemahiran membuat poster seperti ini dan sekaligus dapat mengasah bakat yang terpendam dalam diri pelajar ini. Postermywall memudahkan cara pelajar untuk membuat poster kerana ianya dijalankan secara atas talian dan pelajar boleh terus memuat turun poster setelah siap dan dapat menjimatkan masa.