|
TUJUAN
Pada Majlis Penutup Program Budaya Kampungku Sukses 2024 yang diadakan di Dewan Kampung Kepala Bukit, Tobiar, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disusun untuk memeriahkan suasana.
AKTIVITI
Antaranya adalah Booth Nadi Sempena yang dikendalikan oleh Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional. Booth ini berperanan sebagai pusat pameran yang memperkenalkan dan menyebarkan pelbagai maklumat penting kepada para pengunjung. Salah satu aktiviti menarik yang diadakan di booth ini ialah pertandingan meneka bilangan bendera Malaysia. Pertandingan ini direka untuk menguji daya pengamatan dan pengetahuan pengunjung, di mana mereka perlu meneka dengan tepat jumlah bendera Malaysia yang dipamerkan.