|
TUJUAN
Pada hari ini, NADi Kampung Paya Mengkuang dengan penuh semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan seluruh komuniti.
AKTIVITI
Acara ini meriah dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh para waris dan pelajar, mempamerkan kreativiti dalam menzahirkan semangat kemerdekaan melalui warna-warni yang ceria.Selain itu, pertandingan kuiz kemerdekaan menguji pengetahuan para peserta mengenai sejarah perjuangan negara, sekaligus menyemarakkan rasa cinta akan tanah air. Acara teka silang kata merdeka juga tidak kurang hebatnya, di mana peserta berusaha menyelesaikan cabaran dengan pantas dan tepat, sambil memperkukuh pengetahuan mereka tentang kemerdekaan.
GAMBAR DISINI