|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para murid di sekitar PI kg paya mengkuang tentang kepentingan ICT dalam bidang pendidikan dan keberkesananya. E-Learning juga adalah satu platform untuk para pelajar menggunakannya sebagai latihan dalam talian yang dibangunkan seperti tuisyen online.
AKTIVITI
Aktiviti seperti ini dapat membantu para pelajar menambah ilmu pengetahuan tentang subjek yang mereka pelajari dan mengulang kajinya melalui dalam talian iaitu E-Learning. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan aplikasi Dashboard yang mengandungi MyKomuniti iaitu platform yang membolehkan komuniti menggunakan untuk membuat aduan berkaitan kampung paya mengkuang dan sekitarnya.