|
TUJUAN
Tujuan program ini dijalankan untuk memperkenalkan fungsi PEDi kepada masyarakat setempat. HBK merupakan aktiviti tahunan yang seringkali diadakan dan setelah 2 tahun tidak dijalankan, tahun ini PEDi Kg Paya Mengkuang telah tercalon salah satu PEDi Kluster Pendang yang mengadakan HBK Tahun 2022.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seminggu sebelum hari HBK. Ini termasuk pertandingan poster sekolah menengah, cipta logo sekolah rendah dan quizizz KDB bagi peringkat dewasa. Selain itu, HBK ini juga diserikan dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta yang sama-sama hadir bagi memeriahkan program ini. Antaranya ialah KWSP, JKM, Pusat Sains Negara Wilayah Utara dan lain-lain.