|
TUJUAN
Nadi X Wellbeing adalah sebuah inisiatif di bawah program Nadi Digital Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui pelbagai aktiviti kesihatan, kecergasan, dan sokongan mental di seluruh Nadi Digital di Malaysia. Program ini dijalankan di Pusat Internet Komuniti (PIK) yang dikenali sebagai “Nadi” di pelbagai lokasi seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar dan bandar kecil.
AKTIVITI
Program ini menyediakan sesi kesihatan berkala yang melibatkan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, tahap gula, dan berat badan.Setiap program ini disesuaikan dengan keperluan komuniti di kawasan tersebut dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan akses kepada gaya hidup sihat