|
TUJUAN
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan warga sekolah mengenai isu-isu berkaitan keselamatan serta hak kanak-kanak, di samping membimbing mereka dalam menangani ancaman atau bahaya yang mungkin dihadapi.
AKTIVITI
MCMC bertanggungjawab memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan siber, terutama dalam menggunakan internet dan media sosial. Mereka memberikan panduan untuk mengelakkan risiko dalam talian seperti buli siber, pemangsaan seksual, dan penipuan atas talian. MCMC juga menggalakkan amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab.