|
TUJUAN
Tujuan kelas ini dijalankan untuk membantu dari segi kemahiran membuat poster yang boleh direka menggunakan kemudahan ini di PI Kg Paya Mengkuang. Peserta yang hadir berumur dari 13-15 tahun. Mereka juga ahli tetap PI kg paya mengkuang dan telah menikmati kemudahan di PI ini.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan memilih rekaan poster yang boleh didapati dengan menggunakan laman web Postermywall. Di sini terdapat pelbagai jenis tema dan rekaan yang bersesuaian dengan mengikut keinginan mereka. Selain itu, petugas juga membantu dari segi cara pemilihan tulisan dan saiz yang bersesuai dengan poster mereka.