mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2024(3): PROGRAM JALINAN MESRA WAHANA ASPIRASI(JIWA) KOMUNITI MADANI

 

TARIKH : 11/9/2024
MASA

: 10.00 PAGI-12.00 TENGAHARI

LOKASI : PERKARANGAN HOSPITAL PENDANG 
PESERTA

: 60 pegunjung

TUJUAN 

Dalam usaha mengukuhkan semangat patriotisme dan jalinan kemasyarakatan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Pejabat Penerangan Daerah Pendang dengan bangganya menganjurkan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI bertempat di Hospital Pendang. Program ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara agensi kerajaan, masyarakat, dan petugas kesihatan sambil memupuk nilai-nilai kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sesi ceramah kenegaraan, pameran interaktif berkenaan sejarah kemerdekaan, serta aktiviti bersama pesakit dan petugas hospital dalam suasana yang mesra. Program ini juga memberikan ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan aspirasi dan pandangan mereka berkenaan perpaduan, semangat kemerdekaan, serta kebajikan komuniti.

GAMBAR DISINI