|
TUJUAN
Pusat internet menyediakan tempat untuk pelajar menjalankan pembelajaran secara atas talian kerana pandemik Covid19. Sekolah terpaksa ditutup dan pelajar dikehendaki belajar secara atas talian. Mereka yang tinggal di sekitar PI akan menggunakan kemudahan capaian internet di PI untuk melaksana pembelajaran atas talian tersebut.
AKTIVITI
Petugas hanya akan membantu sekiranya mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi bersama guru mereka. Selain itu, para pelajar ini juga telah didedahkan tentang kemahiran komputer dan ini akan memudahkan mereka melaksanakan pembelajaran secara atas talian. Mereka menggunakan komputer yang terdapat di PI untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru mereka seterusnya boleh menghantar terus tugasan itu melalui email.