|
TUJUAN
Taklimat EBiz ini dijalankan secara maya bersama petugas PEDi seluruh Malaysia. Pihak SSM yang memberikan penerangan ini untuk memudahkan petugas membantu usahawan mendaftar perniagaan mereka secara atas talian.
AKTIVITI
Petugas PEDi diberi penerangan yang terperinci tentang cara untuk mendaftar usahawan secara atas talian. Selain itu, pelbagai persoalan mengenai SSM juga dapat ditanya terus semasa sesi soal jawab dan program seperti ini dapat membantu petugas PEDi lebih memahami kriteria untuk membolehkan mereka mendaftar melalui SSM