|
TUJUAN
Kelas ini merupakan kelas asas penggunaan carian internet iaitu Google Chrome. Pelajar boleh mencari maklumat, gambar dan sebagainya melalui Google Chrome. Google juga boleh digunakan untuk pembelajaran kerana terdapat pelbagai laman web yang berkaitan pelajaran dan ianya sangat sesuai untuk mengulangkaji bersama para pelajar.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai dengan pengenalan kepada google. Para pelajar diberi penerangan ringkas tentang google dan asas penggunaannya. Ini kerana para pelajar boleh menggunakan google untuk mencari segala jenis maklumat tanpa batasan dan ianya sangat berbahaya jika disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, pelajar juga diajar cara mencari gambar dan seterusnya menyimpan gambar untuk dicetak. Cara ini dapat membantu mereka dalam mencari maklumat berkaitan tugasan sekolah kerana semuanya melibatkan carian di internet.