|
TUJUAN
Canva telah membantu ramai pelajar membuat poster dengan mudah. Kali ini, petugas PIK telah menyediakan kelas Canva sempena pembukaan sekolah sesi 2021. Oleh kerana pandemik Covid19, sesi persekolahan terpaksa dijalankan secara virtual dan ianya tidak mematahkan semangat para pelajar.
AKTIVITI
Aktiviti kelas Canva kali ini lebih santai kerana petugas telah memberi taklimat sebelum ini tentang cara penggunaan laman web Canva kepada peserta dan mereka diberi kebebasan untuk melakar poster mengikut kreativiti mereka sendiri. Tajuk poster kali ini ialah kembali ke sekolah dengan norma baharu iaitu penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka oleh para guru dan pelajar. Ini merupakan perkara baharu kerana sebelum ini tidak pernah terjadi pelajar ke sekolah dengan pemakaian pelitup muka pada awal persekolahan.