|
TUJUAN
Kelas Shopee ini merupakan salah satu kelas baru yang diajar oleh petugas PI KG Paya Mengkuang.Kelas ini dibuka untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaannya di laman web Shopee.
AKTIVITI
Mereka yang mengikuti kelas ini merupakan peniaga dari kampung paya mengkuang dan sekitarnya.Selain itu, usahawan ini juga turut terlibat dengan pertandingan yang dijalankan di setiap pusat internet bawahan seliaan TM. Dengan adanya kelas ini, mereka dapat belajar cara untuk memasukan produk mereka dan mencipta kedai online mereka di laman web Shopee.Disamping itu, petugas juga mengajar cara untuk peserta mengambil tempahan pelanggan serta menghantarnya dengan terperinci kerana Shopee amat menitikberatkan tentang kepuasan hati para pelanggannya.Secara kesimpulan,kelas ini amat penting untuk mereka yang masih baru dalan dunia perniagaan supaya mereka dapat mengikut tatacara kerja yang telah ditetapkan oleh Shopee