|
TUJUAN
Tujuan aktiviti dijalankan ialah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak seawal umur 5 tahun dan 6 tahun tentang kepentingan ilmu ICT. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk menggunakan komputer sendiri dan ianya merupakan pegalaman pertama mereka berinteraksi secara dalam talian menggunakan kemudahan yang terdapat di PI KG Paya Mengkuang.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mewarna secara dalam talian. Mereka kelihatan teruja dengan kaedah ini dan sekaligus boleh merangsang pemikiran mereka tentang pembelajaran dalam ICT. Disamping itu, para pelajar ini juga turut ditayangkan tentang video KDB yang berjaya menarik perhatian mereka kerana mereka lebih menyukai video yang berunsurkan pembelajaran seperti itu.