mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2019 (4):MELUKIS DAN CIPTA KAD UCAPAN SELAMAT HARI WANITA

 

TARIKH : 13 MAC 2019
MASA : 3.00 PTG – 5.00 PTG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA : 12 PESERTA 

TUJUAN

Tujuan kelas ini dijalankan untuk mengajar para pelajar menggunakan sumber google untuk mendapatkan bahan maklumat dan menghasilkan kad ucapan sempena Hari Wanita 2019. Mereka juga turut diajarkan cara untuk menggunakan Microsoft Word  untuk menghasilkan ucapan yang menarik dan sesuai untuk usia mereka yang masih belajar di sekolah rendah.

AKTIVITI

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah penerangan tentang cara yang betul untuk membuat kad ucapan. Ini dapat melatih mereka supaya lebih kreatif ketika membuat kerja menggunakan kemudahan komputer. Selain itu, mereka juga dilatih supaya boleh menggunakan komputer dengan cara melukis menggunakan aplikasi di dalam komputer.Disamping itu, para pelajar ini boleh menggunakan cara membuat kad ini untuk membuat kad hari guru dan hari ibu yang bakal tiba tidak lama lagi.

GAMBAR DISINI