|
TUJUAN
Kelas yang diadakan bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg Paya Mengkuang. Petugas telah menyediakan kelas asas Powerpoint yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah yang tidak mahir menggunakan komputer. Mereka dilatih sebagai persediaan asas kemahiran yang patut ada dalam diri setiap para pelajar sekolah. Ini kerana kebanyakan para pengajar dan guru menggunakan Powerpoint sebagai bahan untuk mengajar di sekolah.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah para pelajar diberi kebebasan untuk mencari bahan yang terdapat di internet untuk digunakan dalam Powerpoint. Mereka boleh menggunakan kemahiran dan kreativiti untuk menghasilkan sebuah tugasan yang sempurna dan cantik. Selain itu, mereka diberi tunjuk ajar oleh petugas PI Kg Paya Mengkuang supaya hasil kerja yang dihasilkan menarik dan boleh digunakan untuk membantu mereka menyiapkan tugasan yang bakal diberi guru kelak.