|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan kerana permintaan daripada para pelajar yang ingin menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Mereka menggunakan internet untuk mengakses dan menjawab soalan dalam jangka waktu yang diberikan. Ini sekaligus dapat membantu para pelajar ini supaya pantas ketika menjawab soalan peperiksaan kelak.
AKTIVITI
Aktiviti yang dilakukan ialah menjawab soalan berkaitan pelajaran mereka di laman web yang menyediakan perkhidmatan tuisyen online. Tuisyen ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan hanya memerlukan internet untuk menjawabnya. Aktiviti seperti ini lebih banyak dilakukan oleh para pelajar sekolah sebagai tambahan selepas mereka belajar di sekolah. Perkara ini merupakan salah satu aktiviti yang sering dijalankan di Pusat Internet Kg Paya Mengkuang kerana mereka tinggal di kampung dan agak jauh untuk ke pusat tuisyen di pekan.