|
TUJUAN
Petugas Pusat Internet Kluster Pendang telah memberi taklimat pada 5 Mac 2020 tentang keselamatan pengguna internet kepada petugas kesihatan Daerah Pendang. Mereka juga didedahkan kepada jenis-jenis jenayah yang terdapat di internet seperti online grooming, scammer dan lain-lain. Petugas kesihatan yang terlibat ialah seramai 36 orang yang terdiri daripada jururawat, penolong perubatan dan pegawai kesihatan.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan taklimat dengan tajuk maklumat palsu, jenayah siber, kesedaran tentang penipuan dalam talian. Semua taklimat ini dikendalikan sepenuhnya oleh petugas PI Kluster Pendang yang telah berpegalaman memberi taklimat kepada masyarakat. Selain itu, aktiviti mobile E-waste juga turut dijalankan untuk mendidik para petugas kesihatan ini tentang kesedaran tentang mobile E-waste.Mereka juga turut membawa telefon dan barangan untuk dibuang ke dalam kotak E-waste tersebut. Sebelum menutup program pada hari tersebut, petugas PI telah mengadakan kuiz secara dalam talian tentang tajuk yang telah diberi taklimat dan pemenang turut juga diberi hadiah sebagi tanda penghargaan.