|
TUJUAN
Kelas kali ini menumpukan sepenuh perhatian kepada cara untuk memohon universiti atau politeknik dan lain lain melalaui laman web upu.moe.gov.my. Pelajar yang ingin memohon haruslah mempunyai butiran peribadi yang lengkap seperti nama penuh, no IC dan email peribadi bagi tujuan pengesahan.
AKTIVITI
Seramai 6 orang peserta yang menyertai kelas ini khusus untuk membuat permohonan UPU sahaja. Selain itu, petugas PI juga turut membantu para pelajar ini membuat akaun email peribadi bagi memudahkan mereka mengisi maklumat peribadi untuk kemasukan universiti awam. Disamping itu, petugas juga membantu dengan menerangkan tentang kursus pengajian yang sepadan dengan kelulusan mereka dan hanya cara ini dapat membantu mereka memilih bidang pengajian yang sesuai.