|
TUJUAN
Tujuan program ini dijalankan ialah untuk membantu para pelajar orang kelainan upaya(OKU) mendapat pekerjaan. Menerusi karnival ini, para petugas Pusat Internet Kluster Pendang telah bersama-sama menjayakan program yang dijalankan selama satu hari ini. Para petugas telah menyediakan atur cara untuk dijalankan di karnival ini iaitu pemeriksaan kesihatan percuma, soalan kuiz mengenai KDB dan lain-lain.
AKTIVITI
Antara ynag paling mendapat sambutan ialah pemeriksaan kesihatan dan setiap pengunjung yang telah menjalani pemeriksaan di meja Pusat Internet akan diberi hadiah misteri. Selain itu, kuiz dan soalan yang disediakan turut mendapat perhatian para peserta sekolah dari sekolah yang dijemput khas untuk memeriahkan program ini. Di samping itu, menerusi karnival ini juga para pelajar orang kelainan upaya(OKU) juga turut ditawarkan pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap kemahiran mereka dan sekali gus dapat menjana ekonomi mereka juga.