mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2019(2):EXCELLENT WITH POWERPOINT

 

TARIKH :  5 MEI 2019
MASA : 2.00 PTG – 5.00 PTG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

:10 PESERTA

TUJUAN

Tujuan kelas seperti ini dijalankan untuk membantu para pelajar luar bandar supaya mahir menggunakan Microsoft PowerPoint dan sebagai latihan untuk diri mereka dan bersedia dengan kerja kursus di sekolah yang sememangnya banyak menggunakan aplikasi seperti ini.

AKTIVITI

Perkara pertama yang dilakukan ialah para peserta diberi pilihan untuk berkongsi komputer atau pun tidak dan mereka lebih selesa memilih tidak berkongsi. Mereka memulakan pembelajaran dengan pencarian bahan maklumat di internet. Seterusnya, mereka mengumpul semua maklumat dalam satu fail dan memasukan maklumat tersebut di Powerpoint. Kemudian mereka memilih saiz dan bentuk huruf yang bersesuaian. Akhir sekali, mereka menyimpan segala hasil kerja yang telah disiapkan.

 GAMBAR DISINI