|
TUJUAN
Tujuan kelas ini dijalankan untuk pelajar bermain sambil belajar dan merangsang minda dan pemikiran mereka tentang keseronokan belajar sambil bemain. Permainan yang dipilih juga bersesuaian dengan mereka iaitu pembelajaran tentang subjek yang dipelajari di sekolah dan dijadikan permainan untuk membentuk pemikiran kreatif yang banyak di internet.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah mereka diberi peluang untuk memilih subjek yang digemari dan menjawab soalan kuiz yang berkaitan dengan subjek tersebut. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mencari maklumat tentang subjek tersebut di internet supaya pengetahuan mereka berkembang dengan luas dan mmapu berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa.