|
TUJUAN
Peperiksaan ini dijalankan khas untuk mereka yang terpilih sahaja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan mereka dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dengan kadar masa yang ditetapkan. Mereka yang terpilih akan diberi maklumat awal tentang peperiksaan ini menerusi SMS dan email bagi membolehkan mereka membuat persediaan awal.
AKTIVITI
PI Kg Paya Mengkuang menyediakan ruang yang selesa kepada komuniti setempat yang terpilih untuk menjawab peperiksaan ini dan peralatan komputer di PI Kg Paya Mengkaung sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya mereka dapat menjawab peperiksaan ini tanpa ada masalah yang tak diingini berlaku.