|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk para pelajar yang bakal menduduki SPM tahun 2019 untuk menyiapkan kerja kursus subjek Pendidikan Seni yang menggunakan Microsoft Word untuk menaip kerja kursus dan kemudian mencetak segala yang ditaip menjadikan kerja kursus ini lebih kemas dan teratur.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah penyediaan bahan-bahan yang diperlukan oleh kerja kursus ini seperti artikel penting yang boleh dicari melalui internet. Selain itu, mereka juga diberi tunjuk ajar untuk memilih artikel yang terbaik dan sesuai dengan tajuk yang beri oleh guru mereka. Disamping itu, petugas PI juga membantu untuk mencetak kerja kursus ini. Kebanyakan pelajar lebih memilih untuk menyiapkan kerja kursus mereka di PI kerana adanya kemudahan internet yang boleh diakses tanpa had menyebabkan mereka tidak ada masalah untuk menyaipkan kerja mereka