|
TUJUAN
Tujuan kelas ini dijalankan ialah untuk mengajak para peserta untuk menerokai sejarah kemerdekaan Malaysia melalui kuiz yang disediakan oleh para petugas. Para peserta turut diberi peluang untuk membaca dan memahami sejarah Malaysia sebelum merdeka dan mengahrgai pengorbanan pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan seperti sekarang.
AKTIVITI
Aktiviti dimulai denagn pengenalan kepada tajuk kuiz yang disediakan dan seterusnya mereka diberi masa untuk membaca sejarah kemerdekaan Malaysia supaya mereka dapat menjawab soalan yang telah disediakan. Selain itu, para peserta juga turut diberi pendedahan tentang pemimpin zaman dahulu yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan seperti sekarang.