|
TUJUAN
Tujuan aktiviti diadakan untuk menanam sifat cintakan negara dalam diri setiap ahli PI Kg Paya Mengkuang. Mereka akan diberi tugasan oleh petugas berkaitan dengan tema dan logo merdeka yang digunakan setiap tahun supaya mereka tahu setiap makna tentang logo tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti utama ialah mereka diberi tugasan untuk mencari makna dan tema logo kemerdekaan yang digunakan tahun sebelumnya. Ini kerana setiap tema bagi kemerdekaan Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan setiap tahun akan direka satu logo bagi sambutan merdeka di Malaysia. Para peserta yang terlibat sangat teruja dengan aktiviti ini kerana mereka dapat menimba ilmu tentang tema kemerdekaan di negara kita dan boleh meyemarakan lagi bulan kebangsaan yang istimewa ini.