|
TUJUAN
Kelas Shopee ini dilaksanakan untuk petugas PI Kampung Paya Mengkuang supaya mereka terdedah dengan kaedah perniagaan Shopee dan boleh mengajar para peserta yang meyertai kelas shopee di PI.
AKTIVITI
Kelas ini dimulakan dengan pendaftaran akaun di Shopee. Akaun yang didaftarkan boleh juga digunakan untuk membeli barangan yang dijual di Shopee. Selain itu, petugas juga diberi pendedahan tentang kaedah jual beli yang boleh digunakan sebagai platform untuk berniaga. Dengan itu, petugas mempunyai ilmu untuk mengajar peserta yang hadir ke kelas keusahawan.