|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk para pelajar sekolah rendah yang tinggal di sekitar Pusat Internet. Mereka mencari video di Youtube untuk mencari idea membuat kraftangan sempena pertandingan membuat video kraftangan merdeka yang dianjurkan oleh pusat internet. Mereka yang menyertai kelas ini berumur 12 tahun dan aktiviti seperti ini sesuai dijalankan kerana mereka boleh mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan ini.
AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan ialah mereka diberi masa untuk mencari idea melalui video youtube. Youtube merupakan tempat pelbagai hasil karya dipamerkan dan disimpan. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan video yang berunsurkan semangat patriotisme dan menerapkan unsur ini dalam hasil karya video kraftangan mereka.Disamping itu, para pelajar ini boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan kraftangan ini agar ianya lebih unik dan lain dari yang lain dan mereka juga diberi masa untuk mengedit video ini. Akhir sekali, mereka berjaya menyiapkan video ini dan dipamerkan dalam laman sosial Pusat internet.