mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2020(6):AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN SEMPENA MERDEKA

 

TARIKH : 23 OGOS 2020
MASA

: 10.00 PG – 1.00PTG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 5 peserta

TUJUAN

Tujuan utama aktiviti diadakan untuk menanam sifat cintakan tanah air sempena bulan kemerdekaan yang telah tiba. Pihak pengurusan Pusat Internet juga ada mengadakan pertandingan sempena bulan kemerdekaan iaitu pertandingan video hasil kraftangan bertemakan bulan kemerdekaan. Para peserta yang terlibat mengambil peluang cuti persekolahan yang bermula selama 4 hari untuk menyiapkan video ini.

AKTIVITI

Aktiviti ini menggunakan barang-barang yang terpakai seperti botol, kotak dan lain-lain. Para peserta yang terlibat telah membawa semua peralatan untuk digunakan dalam menyiapkan video ini. Selain itu, mereka juga diajar oleh para petugas untuk merakam video dan edit video tersebut menggunakan aplikasi yang mudah didapati seperti Vivavideo, Inshot dan sebagainya. Disamping itu, mereka bebas untuk mencipta kreativiti sendiri agar idea mereka boleh diolah dengan baik. Akhir sekali, para peserta diberi hadiah sebagai tanda penghargaan kerana mereka telah berjaya menyiapkan video dan menjayakan pertandingan dalam norma baharu yang telah dianjurkan oleh pusat internet.

GAMBAR DISINI