|
TUJUAN
Pertandingan poster yang dianjurkan pihak pengurusan Pusat internet menyasarkan pelajar berumur 17 tahun ke bawah. Oleh itu, kali ini kelas mencipta poster menerima kehadiran para pelajar sekolah menengah yang berusia 16-17 tahun. Mereka menggunakan aplikasi Poster Mywall sebagai medium untuk membuat poster yang bertemakan Pusat internet pemangkin komuniti digital. Melalui aplikasi ini, mereka lebih mudah untuk mengedit gambar dan tulisan bagi mencantikan lagi poster mereka agar nampak kreatif dan menarik.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah mereka diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan poster ini. Poster yang menarik haruslah kemas dari segi pemilihan warna dan latar belakang yang cantik. Selain itu, poster ini juga harus mengandungi fungsi utama peranan pusat internet dan mereka perlu menyelitkan elemen ini dalam menyiapkan poster mereka. Disamping itu, mereka juga boleh menyalurkan idea dan kreativiti mereka agar poster ini nampak unik dan mempunyai kelebihan untuk memenangi hati juri yang akan menilai hasil poster mereka. Akhir sekali, para pelajar ini menyimpan hasil poster mereka dalam komputer dan perlu menghantarnya melalui email peribadi kepada pihak penganjur.