mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2020(5):DOKUMENTASI SUBJEK BAHASA ARAB

 

TARIKH : 18 OKTOBER  2020
MASA

: 2.00 PTG – 4.00PTG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 6 peserta

TUJUAN

Bahasa Arab merupakan salah satu subjek yang dipelajari di sekolah. Oleh itu, para pelajar yang diberi tugasan mengenai subjek ini akan menggunakan Pusat Internet sebagai tempat untuk mereka mencari bahan untuk dimasukan di dalam tugasan mereka. Bahan yang diperolehi akan dicetak dari peralatan yang terdapat di PI tanpa perlu mereka keluar kampung untuk mencetak.

AKTIVITI

Aktiviti utama yang dijalankan ialah petugas membimbing mereka yang mempunyai tugasan menggunakan internet dengan mencari bahan yang sesuai. Setelah itu, mereka akan menyimpan semua bahan tersebut di dalam komputer sebelum mencetaknya. Selain itu, para pelajar ini juga turut akan menaip semula bahan yang telah dicari dan memasukan gambar. Akhir sekali, petugas akan membantu mereka untuk menyimpan tugasan tersebut dan mencetaknya supaya mudah untuk mereka menghantarnya kembali kepada guru.

GAMBAR DISINI