|
TUJUAN
Latihan ini akan membantu para peserta mahir menggunakan Microsoft Publisher. Perisian ini akan membolehkan mereka membuat risalah, kad jemputan ,menu makanan dan lain-lain.Ini merupakan asas yang boleh dipelajari tanpa menggunakan internet dan hanya memerlukan komputer sahaja. Mereka akan didedahkan dengan cara penggunaan perisian Publisher secara mendalam oleh petugas PI.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah peserta diberi penerangan tentang jenis perisian yang bakal digunakan oleh mereka dan menu makanan adalah pilihan para peserta untuk menyiapkan tugasan mereka. Petugas akan memberi bimbingan menggunakan skrin besar di dalam bilik latihan dan peserta akan menuruti mengikut skrin layar di hadapan mereka. Selain itu, mereka akan dibenarkan mencari pilihan menu dan latar belakang menggunakan internet. Ini merupakan tambahan untuk menjadikan hasil menu makanan mereka lebih menarik. Akhir sekali, peserta akan menyimpan hasil kerja mereka dan menukarkan folder secara jenis gambar supaya mereka mudah membuka hasil kerja tersebut.