|
TUJUAN
Kelas E-tuisyen merupakan salah satu kelas terbaru di PIK. Kelas ini dijalankan melalui kaedah Zoom meeting. Kaedah ini lebih mudah dan praktikal diamalkan pada zaman sekarang. Ini kerana peserta tidak hanya perlu ke PIK berhampiran untuk menghadiri kelas tuisyen tapi mereka boleh menyertai kelas ini dirumah jika talian internet di rumah mereka stabil.
AKTIVITI
Aktiviti pertama yang dijalankan sepanjang kelas ini berlangsung, peserta akan diberi taklimat tentang subjek kelas tuisyen yang mereka sertai. Selain itu, para guru juga mempunyai pengalaman yang membolehkan mereka mengajar peserta meskipun mengajar secara atas talian. Peserta juga diberi nota sebagai tempat rujukan sepanjang kelas berlaku.