|
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi risalah tentang siaran digital tv tempatan yang telah bertukar dari analog iaitu siaran tv yang sedia ada ke siaran digital. Tujuan penukaran ini adalah untuk menaik taraf siaran tv di negara kita dan memberi siaran dan audio terbaik untuk tontonan rakyat Malaysia.
AKTIVITI
Aktiviti ini dimulai dengan bacaan dan tadarus Al-quran bersama petugas Perpustakaan Desa dan PI Kg Paya Mengkuang serta penduduk tempatan yang hadir bersama-sama untuk menyeramakkan lagi tadarus ini. Selain itu, petugas PI juga turut mengedarkan risalah tentang MyTV kepada mereka yang hadir sambil menerangkan tujuan penukaran siaran ini dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menonton tv dengan menyediakan tv dan alat dekoder yang akan dapat membaca siaran terbaru ini.