|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk menguji tahap pengetahuan pelajar tentang Malaysia. Quizizz dipilih kerana terdapat pelbagai soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am tentang Malaysia. Peserta yang menyertai kelas ini berumur dari 8 -12 tahun. Mereka sangat teruja untuk menjawab soalan secara atas talian kerana sebelum ini mereka hanya menjawab melalui kertas sahaja
AKTIVITI
Petugas memilih soalan yang bersesuaian dengan umur dan tahap pemikiran mereka. Setelah itu, mereka diberi penerangan tentang Quizizz dan cara menggunakannya kerana separuh daripada peserta adalah peserta yang pertama kali menyertai kelas ini. Selain itu, mereka diberi masa selama 5 saat untuk menjawab soalan yang disediakan kerana masa telah ditetapkan oleh aplikasi dan seterusnya pemilihan pemenang juga berdasarkan kiraan soalan yang mendapat jawapan yang betul. Akhir sekali, peserta diberi saguhati sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mereka sertai kelas seterusnya.