|
TUJUAN
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para pelajar memahirkan hidup mereka dengan menggunakan email.Kelas ini disertai seramai 8 orang peserta yang berumur 8-12 tahun. Mereka tinggal disekitar kawasan PI Kg Paya Mengkuang.
AKTIVITI
Aktiviti utama ialah petugas menunjukan cara untuk menghantar email dengan betul. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak mahir menggunakan email dengan melakukan kesalahan seperti tidak membuat tajuk email tersebut. Perkara ini merupakan asas yang penting dan harus ada dalam email supaya ianya boleh diterima dan senang dibaca. Selain itu, pelajar juga perlu mahir menggunakan email kerana kebanyakan kerja sekolah dihantar menggunakan email kepada guru. Oleh itu, mereka perlulah mahir dan memahami kepentingan kelas asas email yang dijalankan oleh petugas.