|
TUJUAN
Tujuan kelas ini dilakukan untuk membantu para pelajar memohon untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah agama, ianya perlu dilakukan secara atas talian untuk memudahkan proses pemilihan dijalankan.
AKTIVITI
Permohonan sekolah berasrama penuh ini boleh diisi oleh pelajar bersama waris mereka dan permohonan ini mempunyai had masa iaitu selama 1 bulan sahaja untuk mengisinya. Petugas membantu pelajar ini dengan membuka laman web yang berkaitan untuk mereka mengisi maklumat peribadi dan memilih sekolah yang bersesuaian. Pelajar dan waris mereka boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan internet di pusat internet dan ianya akan memudahkan urusan permohonan sekolah mereka.