mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2020(5):PERMOHONAN TEMUJANJI ATAS TALIAN KWSP &SSM

 

TARIKH : 18 SEPTEMBER  2020
MASA

: 2.00 PTG – 4.00PTG

LOKASI : PUSAT INTERNET KG PAYA MENGKUANG
PESERTA

: 1 peserta

TUJUAN

 Pusat Internet juga berfungsi sebagai hub masyarakat di sekitar PI menggunakan perkhidmatan seperti mencetak, fotostat dan sebagainya. Oleh kerana ingin mengamalkan norma baharu dalam kehidupan kita, perkhidmatan kerajaan juga perlu membuat temujanji untuk berurusan. Ini akan menghadkan kedatangan orang ramai dan menghindarkan Covid-19 daripada terus menular.

AKTIVITI

Disebabkan hal ini, kebanyakan penduduk kampung akan ke PI untuk membuat temujanji dan En Hafiz adalah salah seorang daripadanya. Beliau ingin membuat urusan berkaitan KWSP dan SSM. Oleh itu, beliau perlu membuat temujanji sehari sebelum ke pejabat kerajaan tersebut. Norma baharu ini akan mendidik kita supaya lebih menepati masa temujanji yang telah dipilih untuk mengelakan kesesakan di kaunter perkhidmatan kerajaan.

GAMBAR DISINI