|
TUJUAN
Kelas ini bertujuan membantu para pelajar untuk mewarna tetapi secara atas talian. Peserta yang menyertai kelas ini berumur 9-11 tahun yang tinggal disekitar PI.Mereka diberi kelas asas mewarna atas talian ini untuk melatih kemahiran pengendalian komputer mereka.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang dijalankan ialah petugas membimbing mereka untuk mencari laman web yang menyediakan asas untuk mewarna secara atas talian. Mereka memilih gambar yang sesuai untuk digunakan supaya mereka mudah untuk mewarna. Selain itu, para peserta ini kelihatan teruja kerana sebelum ini mereka hanya mewarna di atas kertas sahaja dan ini merupakan pengalaman pertama bagi sesetengah peserta. Akhir sekali, petugas menunjukan cara untuk mengerakan tetikus seterusnya boleh memilih warna dibahagian tepi skrin komputer mereka dan seterusnya mereka menyiapkan beberapa jenis gambar yang siap diwarna dan menyimpannya untuk tujuan rujukan masa hadapan.