|
TUJUAN
Aktiviti pembelajaran ini dijalankan bersama 3 orang peserta yang berusia 12 tahun. Mereka menyertai kelas ini setelah sekian lama PIK tidak menjalankan kelas bersemuka kerana masalah pandemik Covid19. Oleh itu, petugas memastikan agar peserta kali ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
AKTIVITI
Aktiviti utama ialah kelas bersama tenaga pengajar melalui kaedah Zoom meeting. Kaedah seperti ini mudah kerana peserta tidak perlu keluar dari kampung untuk ke kelas tuisyen.Sebaliknya mereka hanya perlu menggunakan komputer dan talian internet yang pantas untuk berkomunikasi bersama guru tuisyen. PIK menyediakan tempat dan ruang yang selesa untuk mereka. Peserta hanya perlu mematuhi SOP dan memakai pelitup muka ketika menggunakan peralatan komputer.