mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pi1M

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERET KG PAYA MENGKUANG

Pusat Internet (PI) Kg Paya Mengkuang merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

  

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

Pusat Internet (PI) Kg Paya Mengkuang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 
 JUMLAH KEAHLIAN :

 

Pusat Internet (PI) Kg Paya Mengkuang telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Internet (PI) Kg Paya Mengkuang bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

 

 AHLI LAMA

691

 AHLI BARU BULAN OKTOBER  2018

5
 KESELURUHAN PADA OKTOBER  2018 747

 

 
 KENALI PETUGAS PI :

 

Untuk menjadi petugas PI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 

PENGURUS
Nama : Norilawati Binti Ibrahim
 
Mula berkhidmat : 21 Jun 2014
 
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

 

 

 

PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Fazlina Binti Aziz
 
Mula berkhidmat : 11 September 2014
 
Kelulusan : Diploma  Eksekutif Sistem Kmputer