USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) SEJUK BEKU MAKANAN SERTA SATE AYAM KUAH KACANG
Puan Salbiah Binti Mohd Isa merupakan seorang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang sejuk beku makanan. Beliau memfokuskan kepada penghasilan karipap sejuk beku aneka rasa dan sate ayam kuah kacang . Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 5 tahun yang lalu dan beliau berjinak-jinak secara atas talian apabila mengikuti latihan ICT dan bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Kg Paya Mengkuang. Jika berminat untuk membuat tempahan karipap dan sate sila hubungi beliau di talian 017-5963759 atau ke laman facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/sitisalbiah.sitisalbiah.1
JURUJUAL SPRAY SUPER MOM PUAN HAJAR ZAKARIA
Puan Siti Hajar Binti Zakaria merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Memandangkan beliau adalah seorang surirumah beliau telah mengambil keputusan untuk melibatkan diri didalam bidang perniangaan atas talian iaitu online. Beliau telah menjadi agent bagi produk spray super mom di daerah pendang dan kuala muda. Jika ada yang berminat dengan produk ini anda boleh la menghubungi beliau di talian berikut 013-3537564
ZURAIDA HOMEMADE
Puan Zuraida Binti Mat Rotebe berumur 33 tahun dan menetap di kampung paya mengkuang. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa . Beliau mempunyai seorang suami dan memiliki dua orang cahaya mata . Disamping menjadi suri rumah beliau telah mula berjinak-jinak sebagai hobi sahaja sebelum berjaya kemudian beliau telah mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan dan juga jira tertangga. Setelah itu, beliau telah mula membuka perniagaan ini secara meluas sejak tahun 2014 yang lalu. Dan kini perniagaan beliau telah menjadi sumber pendapatan sampingan dan beliau juga telah berhasrat untuk membuka sebuah kedai sendiri dan ianya masih didalam perancangan. Beliau adalah dibawah label ZMR SUCCESS ENTERPRISE. Gambaran dibawah adalah antara hasil kerjatangan beliau dalam mendekoh kek dan membuat kek yang ditempah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau sila layari laman facebook beliau di https://www.facebook.com/zuraida.matrotebe
Sebarang tempahan sila hubungi beliau di talian 017 4011684
USAHAWAN CENDAWAN VOLVARIELLA & HOUSE OF PEKASAM
Sarah binti Hussain merupakan seorang usahawan tanaman cendawan volvariella atau dikenali sebagai cendawan jerami di Kg Bukit Morai Pendang. Selain itu, beliau juga turut menghasilkan produk pekasam seperti pekasam daging, ikan dan telur sotong . Terbaru beliau menghasilkan makanan kering iaitu crunchy caramel dan agar-agar kering serta produk hiliran daripada cendawan volvariella iaitu serunding cendawan volvariella. Puan sarah juga merupakan seorang siswazah pengajian media daripada Universiti Malaya.
Sila kunjungi facebook beliau di https://www.facebook.com/sara.hussain.98031
Untuk tempahan sila hubungi beliau di talian 014 6004303
PERNIAGA PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Puan Suzana Binti Yahya berumur 30 tahun dan menetap di kampung paya serdang.Beliau mempunyai seorang suami dan seorang cahaya mata. Beliau merupakan seorang pembantu di Tabika KEMAS kampung paya mengkuang. Disamping kerja tersebut beliau amat aktif dalam menjalankan perniagaan secara atas talian (online) dan juga secara runcit. Jenis barangan perniagaan beliau adalah aneka jenis kek dan roti buatan sendiri dan menjadi agent jus whoda iaitu produk kesihatan dan kecantika. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan beliau sila kunjungi facebook beliau di https://www.facebook.com/ana.yahya.773?fref=nf
Untuk tempahan sila hubungi Puan Suzana di talian 012 5768606
GERAI NASI KERABU DAN NASI BERLAUK ORIGINAL KELATE
LOKASI : BERHADAPAN JIMART PENDANG
WAKTU OPERASI : DIBUKA SETIAP PAGI
KEDAI MAKAN MALINDO NASI PADANG PENDANG
LOKASI : DI HADAPAN KAWASAN TIMESQUARE PENDANG
WAKTU BERBUKA : DIBUKA PADA SETIAP HARI MAKANAN TENGAH HARI SAHAJA
NASI LEMAK NO 1 SRI MERBOK PENDANG
Lokasi : Bertempat di Pendang square dan berdekatan dengan CIMB BANK Pendang.
Dibuka setiap hari
SUKAMARI * NASI AYAM KUKUS , SUP SEMPOI & MASAKAN PANAS *
SUKAMARI RESTAURANT
Location : Berhadapan KFC Pendang
PENGUSAHA KUIH TIRAM
Cik Nurul Diyana Yusoff iaitu pengusaha kuih tiram yang telah dikenali diseluruh negeri Kedah. Rasanya yang enak dan manis serta rangup. Sedia menerima tempahan untuk majlis kenduri kahwin dan keraian. Harga boleh dirunding untuk pembelian secara borong.
PENGUSAHA BURUNG PUYUH TERNAK DAN PROSES
Abd Rahman Bin Ramli atau lebih dikenali sebagai Pak Rahman telah menjalankan perniagaan sebagai pengusaha burung puyuh siap diproses dan dibeku serta dipack. Beliau juga merupakan seorang penternak burung puyuh. Setiap satu pack mempunyai 4 ekor burung puyuh yang telah siap diproses dan telah dijual pada harga yang berpatutan
PELBAGAI ANEKA KEK DAN CUPCAKE MISS YANA
Seorang usahawan wanita muda iaitu Noorfitryana Binti Yaacob yang mengusaha produk makanan iaitu cupcake dan boleh membuat pelbagai jenis kek termasuklah untuk hantaran perkahwinan dan majlis-majlis yang sambutan yang lain. Untuk tempahan sekurang-kurangnya hubungi beliau dua hari sebelum penghantaran. Untuk tempahan sila hubungi beliau di talian 012 4619872
BUSANA PENGANTIN ( BUTIK DELIMA PERMATA ENTERPRISE )
Puan Nurasmaliza binti Mohd Nordin merupakan seorang usahawan busana pengantin. Mereka telah Menyediakan Pakej Bertunang, Akad Nikah Dan Bersanding . Setiap Harga Pakej Boleh Dirunding
PAKEJ PERSANDINGAN RAJA SEHARI
- Sepasang Baju Sanding L/P
- Solekan
- Pelamin
- Aksesori Lengkap
- Set Bilik Tidur
- Meja Makan
Harga : Rm 1800.00 Ke Atas (Harga Boleh Dirunding)
PAKEJ AKAD NIKAH
- Baju Akad Nikah Sepasang L/P
- Solekan
- Mini Pelamin
Harga : Rm 900.00 (Harga Boleh Dirunding)
PAKEJ PERTUNANGAN
- Sepasang Baju Perempuan
- Solekan
- Mini Pelamin
Harga : Rm 950.00 (Harga Boleh Dirunding)
TAMBAHAN
- Khemah Dan Katering Juga Turut Disediakan (Harga Boleh Dirunding)
- Pengapit Kanak-Kanak
MAKANAN MENARIK DAERAH PENDANG IAITU GERAI ANEKA KUIH-MUIH TRADISIONAL DAN MODEN
Ramai dari kalangan komuniti disini telah memilih untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Kebanyakan Penduduk di Kampung Paya Mengkuang dan sekitarnya turut menjalankan aktiviti keusahawanan seperti penghasilan produk makanan, kraftangan dan lain – lain. Antaranya ialah :