AKTIVITI : PROGRAM KARNIVAL SEBENARNYA.MY NEGERI KEDAH ‘ CERAMAH PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA ‘ DAN ‘TAKLIMAT KHAS JELAJAH SBENARNYA.MY ‘
TARIKH : 1 FEBRUARI 2018
MASA : 2.30 PTG – 11.00 MLM
TEMPAT : DUA LOKASI IAITU , KOMPLEKS JKKK KG PAYA MAK INSON DAN DEWAN DIAMOND PENDANG LAKE RESORT
Mempromosikan kempen sebenarnya.my ”Berita palsu musuh negara” yang dianjurkan oleh MCMC bagi tujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang ketidaksahihan berita-berita yang disebarkan secara berleluasa yang boleh mengundangkan kepada bahaya terhadap keamanan negara. Turut mempromosikan dashboard komuniti yang dilaksanakan oleh Pusat Internet bagi tujuan melahirkan warga digital dalam komuniti setempat. Program ini telah dijayakan bersama-sama agensi yang terlibat antaranya adalah Suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat parlimen daerah Pendang, Pejabat Adun Sg Tiang, JKKK Daerah Pendang dan Pejabat KEMAS Daerah Pendang.