mcmc
Galeri Foto

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PENDANG

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 Peringkat Daerah Pendang telah diadakan pada 6 September 2015. Sambutan pada kali ini dirayakan dengan penuh kegemilangan dengan laungan “merdeka” sebanyak tujuh kali oleh perbarisan yang mengambil bahagian serta orang ramai yang hadir. Antara tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini ialah YB Dato’ Wira Othman bin Abdul, YB Dato’ Paduka Md. Rozai bin Shafian dan YB Dato’ Hajjah Suraya binti Yaacob. Perbarisan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pendang ini turut disertai oleh pelbagai badan kerajaan, badan berkanun, serta NGO seperti Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Tenaga Nasional Bhd., KEMAS, MIC Pendang, MCA Pendang, Kelab Warga Emas Pendang, Komuniti Masyarakat Siam Pendang serta lain-lain agensi.